Wednesday, 26 October 2011

MAKAN-MAKAN

Hari ni hari cuti.  Ada pulak yang mahu belanja.  Jadi sekeluarga teruja la!

Selepas sampai, rupanya yang mahu dibelanja hanyalah hidangan set goreng kentang, sotong dan udang serta aiskrim saja.  Tapi dari tak ada, semua orang okey-okey saja!  :)

Inilah hidangannya.  Sedap rasa dan enak kerana percuma!  Hehe.


Friday, 7 October 2011

BULAN DEEPAVALI

Baru sedar sudah sejak bertahun-tahun, Deepavali jatuh pada bulan Oktober.  Memang tak tahu sangat pasalnya.  Malah tak ambil tahu pun.

Cuma teringat saja.  Orang makan gaji akan dapat gaji awal sedikit la kot.

Buka pasal apa.  Kiri kanan anak saudara minta advance.  Mereka pokai, kita pula ikut terjongkit!