Saturday 5 November 2011

UCAPAN RAYA

Selamat
Hari Raya
Aidil Adha
Semoga ceria bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Wednesday 26 October 2011

MAKAN-MAKAN

Hari ni hari cuti.  Ada pulak yang mahu belanja.  Jadi sekeluarga teruja la!

Selepas sampai, rupanya yang mahu dibelanja hanyalah hidangan set goreng kentang, sotong dan udang serta aiskrim saja.  Tapi dari tak ada, semua orang okey-okey saja!  :)

Inilah hidangannya.  Sedap rasa dan enak kerana percuma!  Hehe.


Friday 7 October 2011

BULAN DEEPAVALI

Baru sedar sudah sejak bertahun-tahun, Deepavali jatuh pada bulan Oktober.  Memang tak tahu sangat pasalnya.  Malah tak ambil tahu pun.

Cuma teringat saja.  Orang makan gaji akan dapat gaji awal sedikit la kot.

Buka pasal apa.  Kiri kanan anak saudara minta advance.  Mereka pokai, kita pula ikut terjongkit!

Sunday 18 September 2011

NAIK BERAT BADAN

Sepatutnya semasa puasa bulan Ramadhan berat badan turun drastik.  Kita tak makan sepanjang hari dan biasanya bila letih dan kelam kabut, selera pun kurang.

Bila aku pergi timbang sebelum Raya, memang turun.  Tapi hanya tak sampai dua kilo.

Tadi aku timbang lagi.  Terperanjat beruk dibuatnya.  Berat badan naik enam kilo!  Apa ke jadahnya?

Tuesday 30 August 2011

RAYA & MERDEKA

Kali ini kita merayakan merdeka dalan suasana hari raya.  Hari Raya adalah khusus untuk umat Islam.  Tapi ramai orang bukan Islam & mereka yang tidak berpuasa pula yang lebih Raya bagai nak rak!
Apapun bagi yang berkunjung, saya ucap selamat ya.  Semoga kita diberkati.
Selamat Hari Raya.
Maaf zahir & batin.
Selamat Hari Merdeka. 

Saturday 30 July 2011

SELAMAT BERPUASA

Mulai hari Isnin, umat Islam akan mula berpuasa Ramadhan.  Rata-rata para Muslim sudah bersedia dengan buah kurma dan rendang serta serunding.  Ada juga yang membuat telur masin sendiri, sementara ramai juga membuat acar.

Semoga tahun ini kita akan diberkati untuk melakukan ibadah dengan lebih baik lagi.  Amin.